Jangan gelabah - Kawasaki masih ada dan akan terus berada di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita berkaitan Kawasaki Motors Malaysia menamatkan kontrak mereka dengan Kawasaki baru-baru ini menerbitkan rasa gelisah kepada pemilik-pemilik motosikal jenama tersebut.

Ada yang risau berkaitan servis dan waranti motosikal mereka. Ada yang berkata negara kerugian satu jenama motosikal yang popular dan seperti biasa, ada yang mengaitkannya dengan senario politik negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebenarnya, punca kekalutan ini ialah nama syarikat Kawasaki Motors Malaysia itu sendiri. Kawasaki Motors Malaysia (KMM) ialah sebuah syarikat tempatan di mana majoriti saham dipegang oleh individu Malaysia. Kawasaki Heavy Industries Japan (KHI) juga mempunyai saham minoriti di dalam KMM. 

Namun begitu, Kawasaki Motors Holding (Malaysia) Sdn Bhd telah ditukar secara rasmi kepada AFY Mobility Industries Sdn Bhd pada awal september lalu. Ia menandakan "pemergian" KHI dari KMM dan juga tamatnya riwayat KMM mengimport, memasang dan mengedar produk-produk Kawasaki.

Sebelum itu, penanda awal perubahan struktur Kawasaki di Malaysia bermula dalam tahun 2019 apabila KHI meningkatkan pegangan saham mereka di dalam Modenas dari 19 kepada 30 peratus dengan pelaburan sebanyak RM40.3 juta.

 


 

 

 

Selepas itu, pengumuman berkaitan Modenas akan memasang model-model Kawasaki 650cc ke bawah juga menurut. Ada juga ura-ura untuk menggunakan jenama Modenas untuk model Kawasaki, satu usaha yang tidak begitu produktif kerana nama Kawasaki sudah kuat dan memudahkan untuk dieksport. 

Insentif kerajaan yang ditawarkan juga tidak memberikan sebarang keistimewaan jika ia menggunakan jenama tempatan, tetapi bertumpu kepada pelaburan dan penggunaan komponen/tenaga kerja tempatan.

Kehadiran pandemik Covid-19 menjadikan projek ini tergendala tetapi sumber-sumber dalaman berkongsi info bahawa pihak KHI sudah hadir kembali di Malaysia bulan lalu untuk meneruskan program tersebut.

Pengumuman di mana Edaran Modenas, anak syarikat Modenas akan mengambil alih tugas KMM untuk bertanggung-jawab di dalam pemasaran produk Kawasaki juga membuktikan sudah ada perkembangan terbaharu bagi jenama Kawasaki.

 

 

Bagi pemilik-pemilik Kawasaki, tak perlu risau. KMM dan pusat servis Kawasaki (kini banyak yang sudah bertukar kepada pengedar dan pusat servis Suzuki) masih menyediakan alatganti dan servis teknikal untuk motosikal-motosikal Kawasaki untuk tempoh enam bulan lagi.

Sebarang tuntutan waranti juga akan dibantu oleh mereka.

Apa yang pasti ialah pengguna dan peminat motosikal di Malaysia beruntung kerana jenama Suzuki kini diterajui oleh sebuah syarikat yang sangat berpengalaman dan jenama Kawasaki serta Modenas pula sedang menuju ke arah projek-projek glokal yang mungkin akan membawa kepada pengenalan produk-produk yang lebih berdaya saing bagi pasaran Asean.

Kita sama-sama nantikan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…