Jangan mudah terpedaya... ramai 'scammer’ jual motosikal murah dalam talian

oleh Penyumbang Rencana|
Contoh tangkap layar scam jual motosikal murah dalam talian
Semua pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati ketika membuat pembelian motosikal lelong secara dalam talian bagi mengelakkan ditipu.


Menurut perkongsian satu portal, harga motosikal yang dijual terlalu murah berbanding harga pasaran adalah mustahil, lebih-lebih lagi apabila penjual tidak mempunyai kedai secara fizikal.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

“Hati-hati, sebenarnya banyak ‘page-page’ Facebook palsu menyiarkan iklan-iklan ini. Bila kita tanya kedai di mana, nak datang tengok kedai, terus tak dibenarkan,’’ katanya.

Mereka juga juga bijak dalam menipu mangsa dengan cara berjanji untuk menghantarkan barangan atau motosikal yang ditempah secara terus ke rumah pelanggan, namun akhirnya ditipu selepas menyerahkan wang.

Portal itu turut mengingatkan pengguna untuk melupakan hasrat membeli kerana taktik sebegitu hanya ‘scam’ semata-mata.

Seorang individu yang ingin dikenali sebagai Iskandar berkata, harga motosikal murah sebenarnya memang wujud sebelum ini, tetapi hanya untuk motosikal (lari kedai) atau yang sudah disita.

Perkongsian itu mendapat 446 tontonan di aplikasi twitter. 

 

- Sekiranya harga 'tak masuk dek akal', kebiasaanya itu adalah satu scam! -

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pengadu, seorang lelaki dikenali Lim Voi Heng berusia 48 tahun yang menawarkan untuk…
Berita Domestik
Menceritakan kejadian malang menimpanya, mangsa berkata, dia berhasrat membeli kereta dan memuat…
Berita Domestik
Mangsa telah menghubungi nombor yang tertera dalam iklan yang menggunakan nama Nor Vincent dan Mr…