JANGAN tukar tayar di tepi lebuhraya!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kejadian di mana seorang lelaki maut apabila dirempuh lori ketika mangsa sedang menukar tayar yang rosak di tepi laluan lebuhraya semalam membuktikan kenderaan boleh terbabas bila-bila masa sahaja.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa Mohd Solehan Mohd Nasir, 32, meninggal dunia di lokasi kerana parah di kepala dan badan.

Isteri dan ketiga-tiga anak mereka yang berada di dalam kenderaan turut cedera apabila sebuah lori tiga-tan tanpa muatan hilang kawalan dan merempuh Alza tersebut yang berada di lorong kecemasan.

Kejadian berlaku di Kilometer 269.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran dengan R&R Seremban. Keluarga mangsa dalam perjalanan dari arah Jempol ke Kuala Lumpur.

Di bawah ialah apa yang Careta mahu tegaskan dan perlu diambil berat oleh semua pengguna lebuhraya.

  1. Sekiranya kereta pancit, gerakkan kenderaan ke lorong kecemasan dan buka lampu kecemasan (hazard light).
  2. Jika lorong kecemasan berada di dalam kawasan merbahaya seperti di selekoh atau di kawasan gelap, pandu dengan perlahan ke kawasan lebih selamat. Kereta yang pancit masih boleh berjalan walaupun perlahan. Kerosakan roda aloi lebih murah dari kehilangan nyawa.
  3. Telefon pihak lebuhraya untuk bantuan kecemasan. Jangan lupa pastikan anda tahu lokasi anda (gunakan penanda jalanraya sebagai tanda lokasi).
  4. Bila tiba di tempat selamat, anda dan semua penumpang keluar dan berdiri jauh di belakang penghadang jalan. Ini ialah kerana jika ada kenderaan yang terbabas, ia akan merempuh kereta kosong anda dan pembahagi jalan akan melindungi anda sekeluarga.
  5. Lorong kecemasan bukan tempat yang selamat. Jangan amalkan perangai bersidai di lorong itu menunggu rakan-rakan konvoi. Jangan tukar tayar atau baiki kereta di lorong itu tanpa bantuan peronda lebuhraya. 



 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Informasi
Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan…
Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…