Trak pikap beliau mengalami beberapa kerosakan akibat kebakaran, namun kenderaan tersebut dilaporkan masih lagi berfungsi ketika kejadian.
Selang beberapa hari selepas kejadian tersebut tersebar meluas di laman media sosial, Toyota USA telah menunaikan janji mereka untuk menghantar sebuah trak pikap Tundra baharu untuk kegunaan Pierce.
Walaupun trak pikap baharu ini tidaklah setanding Tundra asal beliau yang sarat dengan modifikasi barangan aftermarket, namun Toyota memberikan sebuah trak pikap Tundra spesifikasi TRD Pro yang lengkap dengan lampu LED off-road, skid plate hadapan, cangkuk tunda hadapan, dan rim forged aluminium 18 inci BBS.
Toyota Tunda TRD Pro ini dikuasakan oleh enjin iForce 5.7 liter V8 yang mampu menghasikan 381 hp/543 Nm yang disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi automatik enam kelajuan.
Dari segi harga di pasaran Amerika, Tundra TRD Pro merupakan pesaing terus kepada Ford F-150 Raptor.
Syabas Toyota USA!