JAS Perlis keluarkan 26 kompaun asap hitam

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis telah mengeluarkan sebanyak 26 kompaun kepada pemilik yang kenderaan mereka didapati mengeluarkan asap hitam melebihi had dibenarkan bagi tempoh Januari hingga kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarahnya, Azman Shah Ismail berkata, ini lanjutan daripada 21 operasi bersepadu yang telah dijalankan sepanjang tempoh itu bagi mengesan kenderaan terutamanya lori berenjin diesel yang melakukan kesalahan tersebut.

 

Katanya, kompaun bernilai RM2,000 dikeluarkan bagi setiap kenderaan terbabit dan notis arahan untuk melakukan pemeriksaan lanjutan turut diberikan.

 

“Untuk hari ini, sebanyak 10 kompaun kesalahan asap hitam dikeluarkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 26 kompaun.

 

“Semua kompaun sebelum ini telah dijelaskan oleh pemandu terbabit kecuali tiga yang masih lagi dalam proses rayuan kerana mereka boleh berbuat demikian setelah menunjukkan bukti bahawa kenderaan mereka telah dibaiki dan tidak mengeluarkan asap hitam lagi,” katanya.

 

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas operasi bersepadu pemeriksaan asap hitam bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar di sempadan Sanglang Perlis – Kedah di sini hari ini.

 

Sementara itu, Azman Shah memberitahu, asap hitam dilepaskan kenderaan berenjin diesel dipercayai disebabkan oleh pemandu yang tidak mengetahui penjagaan kenderaan, kenderaan terbabit tidak diservis secara berkala dan membawa muatan lebih.

 

Dalam pada itu, polis turut mengeluarkan sebanyak 10 saman POL 257 untuk pelbagai kesalahan.

 

 

 

UM