Jazz 2020 - model pertama dalam segmen dilengkapi beg udara tengah hadapan di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Honda Jazz 2020, generasi baharu Jazz/Fit yang akan dijual di beberapa pasaran utama sahaja tidak seperti generasi terdahulu, dan di Eropah, Jazz bakal menjadi model pertama Honda yang ditawarkan dengan ciri beg udara tengah hadapan sebagai ciri standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beg udara tengah hadapan tersebut dipasang di bahagian belakang tempat duduk pemandu dan apabila diaktifkan ia akan meletus di ruang antara pemandu dan juga penumpang hadapan.

Dalam keadaan kecemasan, beg udara ini dilihat mampu mengurangkan impak kesan pelanggaran sisi antara kedua-dua pemandu dan penumpang.

 


Malah, Honda juga menggunakan pendekatan terbaharu yang menggandingkan beg udara tengah hadapan dengan pre-tensioner tali pinggang keledar bagi mengurangkan pergerakan lateral.

Ini sekaligus mengurangkan kadar kecederaan kepada kepala penumpang sehingga 98 peratus.

Untuk penumpang belakang pula, Honda Jazz didatangkan dengan beg udara struktur berkembar yang mampu melindungi impak daripada pintu dan tiang C, dan fungsi ini mampu dipasang tanpa mengorbankan fungsi 'magic seat' sedia ada.

 


Melengkapkan ciri keselamatan pada Honda Jazz 2020 ini termasuklah Honda Sensing yang didatangkan sebagai ciri standard merangkumi beberapa komponen seperti Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran, Kawalan Pelayaran Adaptif, Bantuan Kekal Laluan, Sistem Pengecaman Papan Tanda, Suluhan Tinggi Automatik dan sebagainya.

Buat pertama kalinya, Honda Jazz ditawarkan dalam varian Hybrid khusus untuk pasaran Eropah dengan nadi 1.5 liter yang menghasilkan 107 hp dan 253 Nm, serta bacaan penggunaan bahan api serendah 4.5 liter/100 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…