Jazz Type-R dari PD - jangan cuba cucuk!

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda Jazz adalah antara model paling popular untuk Honda.

Semasa generasi pertama dilancarkan, penulis teruja untuk memandunya kerana ia dilihat sebagai sebuah model sesuai bagi yuppies bandar.

Kompak dan nampak sporty, tidak ada gadis yang tidak tersengih bila mengetahui jejaka itu memandu Jazz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hingga kini, Jazz ialah kenderaan kompak yang masih mampu menarik perhatian lelaki walaupun genre ini lebih dikaitkan dengan kaum Hawa.

Untuk Esma Fazrul atau nama sebenarnya, Mohd Ismafazrul akmal Sulaiman, Jazz merupakan sebuah kenderaan prestasi yang praktikal.

 

 

Pemuda berusia 32 tahun dari Mersing ini pernah memiliki Toyota Corolla KE70, Mitsubishi Lancer dan Honda Civic EV dan Integra DC5.

Namun sejak membeli Jazz ini dalam bulan September 2013, beliau langsung melakukan modifikasi agar Honda kompak ini lebih sesuai dengan jiwa kelajuan beliau.

Shah Adam turun mewawancara Esma dan di bawah ialah senarai modifikasi yang dilakukan oleh pegawai tentera yang kini bertugas di Port Dickson itu.

 

 

Model asal: Honda Jazz GD
Enjin asal: 1.5L L15A
Enjin sekarang: 2.0L K20 A

Modifikasi enjin yang dilakukan dan komponen yang digunakan:

  • Port Polish head
  • Toda A2 Cam dan Valve Spring
  • Os Giken Clutch
  • S90 TB
  • J’s Racing Air Cleaner
  • Ktuned Fuel Rail
  • Header dan piping ekzos custom by Under6
  • Muffler J’s Racing Titanium
  • Harspot Braket Mounting
  • Toda oilsump
  • Elektronik/Management: Hondata S300j
  • Gearbox: 5 Speed, lsd kaaz, final 4.7
  • Brek: Depan 4 pot J’s Racing/ Belakang oem Jazz Gd3
  • Tayar & Rim: Ce28 Club Racer/ Yokohama AD08R 
  • Suspensi: HKS Hypermax

 

 

Modifikasi luaran: 

  • J’s Racing Lips
  • J’s Racing Cannard
  • J’s Racing Grill
  • J’s Racing Airduct
  • J’s Racing Hood Carbon Fiber
  • Fender Carbon Fiber
  • Underguard engine
  • Rear diffuser 
  • J’s Racing Spoiler
  • J’s Racing mono bar
  • J’s Racing fender bar
  • J’s Racing sturt bar front and rear
  • Craft Square carbon fiber side miror

 

 

Modifkasi dalaman:

  • Recaro full bucket (Driver)
  • Recaro Yellow Wildcat (Passager)
  • Ktuned billet shifter
  • S2000 ap1 cluster meter
  • Last Station cover meter
  • Defi Advanced meter
  • Defi ZD display meter
  • J’s Racing titanium gear knob
  • J’s Racing room bar
  • J’s Racing rear strut bar
  • J’s Racing monkey bar
  • J’s Racing cross bar
  • Sparco deep dash steering
  • Kerja modifikasi dilakukan di bengkel SI Autowork dan East Ma Autopart.

 

 

Kos kasar yang telah dikeluarkan oleh Esma dalam sekitar RM60,000 dan kuasa maksimum yang didakwa oleh Esma untuk Jazz ini ialah 235 hp.

Untuk sebuah kereta kompak dengan kuasa kuda begitu, memang ia sebuah pocket-rocket sejati!

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…