Jeep bakal lahirkan 'Baby Jeep' - pesaing rapat Jimny!

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada kadar populariti yang diraih oleh SUV cilik molek dari Jepun (baca: Suzuki Jimny), pengeluar kenderaan off-road dari Amerika, Jeep mula melihat ini sebagai satu peluang baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model SUV ultra-kompak yang bakal dihasilkan ini bakal diposisikan di bawah Renegade dan sekaligus menjadi pesaing rapat kepada Suzuki Jimny yang kami maksudkan itu tadi. 

Menurut Jeep, mereka menyifatkan kenderaan baharu ini sebagai sebuah SUV yang sangat praktikal untuk kegunaan seharian tanpa mengorbankan aspek keupayaan off-road yang menjadi identiti Jeep selama ini. 

Ketika ditanya, Marco Pigozzi selaku Ketua Unit Pemasaran Jeep Eropah berkata, "model baharu ini akan menjadi sebuah Jeep yang 'jahat' namun masih mampu memiliki tahap praktikaliti tersendiri. 

"Baby Jeep" ini bakal memiliki dimensi sepanjang empat meter - sedikit panjang berbanding Jimny - namun ia tidak akan melebihi dimensi yang dimiliki oleh Nissan Juke. 

Selain membawakan model baharu ini dengan opsyen enjin pembakaran dalaman, Jeep juga merancang untuk memperkenalkan trenkuasa elektrik yang diperoleh daripada pelan gabungan FCA-PSA baru-baru ini. 

Ini bermakna, Baby Jeep baharu ini berkemungkinan besar akan menggunakan platform Common Modular Platform dari Peugeot-Citroen yang sebelum ini menjadi asas kepada Peugeot 208, Vauxhall Corsa dan DS3 Crossback. 

Sumber: AutoExpress UK