Jeep Wrangler Rubicon 392 Concept 6.4L V8, 0-96km/j bawah 5 saat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
JEEP Wrangler Rubicon 392 Concept
JEEP Wrangler Rubicon 392 Concept
Sebelum ini kita boleh lihat kembalinya dua model ikonik iaitu Suzuki Jimny dan Ford Bronco yang membawa imej berceranggah (rugged) sebuah jip seperti sewaktu diperkenalkan dahulu.

Ini pula Jeep Wrangler Rubicon yang sentiasa rugged dan lasak. Model ini pernah dipasarkan di negara kita pada 2014 dan kembali semula pada 2020 melalui pengedar baharu.

Jeep CJ tahun 1981 menggunakan enjin 5.0 liter V8 berkuasa 125hp dan tork 298Nm dan selepas begitu lama tidak kedengaran, ada peminat Jeep yang mahu enjin V8 ditawarkan semula. 

Ini adalah jawapannya, Jeep Wrangler Rubicon 392 Concept yang memberikan petanda hajat untuk enjin V8 bakal dipenuhi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jeep-Wrangler Rubicon 2015
Jeep-Wrangler Rubicon 2015

 

Model konsep ini dikuasakan enjin HEMI 6.4 liter V8 berkuasa 450hp dan tork 610Nm dan dipadan bersama transmisi 8-kelajuan automatik. 

Selain berkuasa tinggi, daya pecutan juga hebat iaitu dari 0 hingga 60 bsj (96 km/j) dicapai di bawah lima saat!

Menggunakan enjin lebih besar dan perkasa bukan kerja mudah. 

Untuk menampung enjin V8 6.4 liter dan transmisi 8-kelajuan yang lebih kuat, Jeep Wrangler Rubicon 392 Concept mempunyai pemegang enjin (engine mount) yang dipertingkatkan dan rangka yang diubahsuai.

Mengawal deruman ialah ekzos dua mod supaya sepadan dengan enjin V8 berkuasa tinggi.

Menjadikan Rubicon nampak lebih perkasa ialah kombinasi roda 17 inci jenis beadlock dengan tayar 37 inci permukaan lumpur (mud terrain) dan kit angkat (lift kit) Jeep Performance Parts 2 inch dari Mopar.

Suspensi dinaik taraf menggunakan penyerap hentak aluminium tiub tunggal (monotube) dari Fox untuk peningkatan tahap redaman (damping) dan pelesapan haba (heat dissipation).

 

JEEP Wrangler Rubicon 392 Concept
JEEP Wrangler Rubicon 392 Concept

 

Turut dilengkapi ialah gandar Dana 44 generasi ketiga, kotak pindah (transfer case) dua kelajuan sepenuh masa Selec-Track dan pengunci gandar depan dan belakang elektronik Tru-Lok.

Komponen lain yang dipasang ialah penahan atau rel batu sisi (rock rail) Rubicon, bampar besi dengan winc (winch) dan pelindung bawah enjin (steel belly pan) besi untuk melalui permukaan luar jalan raya (off-road).

Bahagian luar Wrangler Rubicon 392 Concept dihiasi warna Granite Crystal dan ranggi dengan bonet tugas berat (heavy-duty) yang tinggi di tengah, pintu separuh custom, bumbung berkuasa Sky One Wrangler dan panel sisi boleh alih untuk kebebasan penuh dalam menikmati udara luar. 

Bahagian dalam dilengkapi kerusi balutan kulit berwarna Red Rock dengan sulaman emas. Jip yang berceranggah (rugged) dan ranggi ini masih dalam peringkat konsep dan masih belum jelas penawarannya. 

Buat pengguna tempatan, Jeep Wrangler Unlimited Rubicon ada dipasarkan di negara kita dengan enjin lebih mesra iaitu 2.0 liter turbo 270 hp, tork 400 Nm dan padanan transmisi lapan kelajuan automatik.

Harga yang ditawarkan untuk memiliki jip Amerika Syarikat ini pula bermula dari RM355,000. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin