Jejambat hubungkan lebuh raya di Paroi-Senawang akan dibina atasi kesesakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Satu jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di Paroi dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Senawang di Seremban akan dibina dalam masa terdekat membabitkan kos awalan RM950 juta, kata Exco Kanan Kerajaan negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Beliau yang juga pengerusi LLM berkata projek itu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di laluan pintu masuk utama ke Senawang yang membelenggu pengguna sejak sekian lama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Ini merupakan satu perancangan yang kita katakan antara keutamaan. Kita ada lebuh raya LEKAS dan PLUS yang kedua-duanya tidak berhubung antara satu sama lain sebab itu kesesakan berlaku di penghujung LEKAS iaitu di Paroi hingga tol Senawang.

"Maka kerajaan telah meluluskan secara dasarnya peruntukan untuk bina satu jejambat menghubungkan kedua-duanya. Insya-Allah, masa terdekat akan dilaksanakan kerja ini dengan kos awalan RM950 juta, tapi masih ada lagi (kos) dalam kajian LLM untuk melihat keseluruhan pelaksanaan projek ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Jelajah Belanjawan 2024 Peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong pada Selasa.

 

Bernama