Antara model kenderaan yang dipamerkan di pentas IIMS termasuklah Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro, kenderaan elektrik EQ1, serta SUV Omoda 5 yang dijangka bakal memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini.
Menurut Presiden Chery International, En Zhang Guibing berkata, pasaran Indonesia merupakan lokasi penting dan strategik bagi jenama itu di Asia Tenggara, di mana selain daripada memenuhi keperluan pengguna domestik, Chery akan turut menjadikan Indonesia sebagai hab eksport ke negara ASEAN.

Chery turut menyasarkan pembukaan lebih 100 cawangan di seluruh Indonesia dalam tempoh dua tahun yang merangkumi lokasi utama seperti Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi dan Bali.
Syarikat itu juga merancang untuk mewujudkan hab alat ganti di empat pulau teras (Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi).