Jenama Chery buat kemunculan semula di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Jenama automotif China Chery kini membuat kemunculan semula di pasaran Malaysia dengan memperlihatkan lima buah model dalam satu acara yang dihadiri oleh para pengamal media, bakal pengedar dan rakan niaga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lima model yang dimaksudkan itu terdiri daripada SUV OMODA 5, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro serta penampilan pertama Tiggo 8 Pro PHEV di Asia Tenggara.
 

Chery


Menurut Pengarah Negara Chery Malaysia, Leo Chen berkata, "acara ini signifikan buat kami kerana ia merupakan acara fizikal pertama Chery di bawah pasukan baharu.

"Mendekati pengguna adalah amat penting bagi Chery. Selain menyampaikan kejayaan global kami serta kemajuan kami dari segi teknologi, kualiti dan reka bentuk, acara prebiu ini merupakan platform untuk kami berinteraksi secara langsung dengan pengguna, serta memahami kehendak dan kemahuan mereka.
 

Chery


Mencuri tumpuan dalam acara prebiu kali ini sudah pasti model OMODA 5 (gambar utama) dengan bahasa reka bentuk 'Art in Motion' yang futuristik, serta teknologi bantuan pemandu termaju (ADAS) dan skrin berkembar yang luas.

Setakat ini, pihak Chery Malaysia tidak mendedahkan secara terperinci spesifikasi bagi setiap model SUV yang dipamerkan, namun berdasarkan maklum balas yang diterima, pihak mereka akan menilai kesesuaian setiap model ini untuk pasaran Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output…
Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
Pelanggan turut berpeluang menikmati pakej eksklusif yang bernilai sehingga RM11,000 sekiranya…