Jenama Jepun bangkit bersatu - Capai standard bateri saling-tukar untuk motosikal elektrik!

oleh HEZERI SAMSURI|
Konsortium Bateri Boleh-Tukar untuk Motosikal Elektrik atau Swappable Battery Consortium for Electric Motorcycles (Konsortium) hari ini sudah bersetuju untuk menyeragamkan standard bateri saling-tukar (swappable) dan sistemnya bagi mempercepatkan lagi penggunaan motosikal elektrik di Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Konsortium yang dianggotai oleh Honda Motor Co. Ltd., Kawasaki Heavy Industries Ltd., Suzuki Motor Corporation dan Yamaha Motor Co. Ltd. dan ditubuhkan pada April 2019 itu telah menghasilkan kajian-kajian dan percubaan-percubaan untuk menghasilkan bateri saling-tukar dan sistem penukaran yang akan digunakan oleh keempat-empat jenama gergasi motosikal tersebut.

Siaran media yang diterima menerangkan bahawa pihak konsortium telah bekerjasama dengan komiti promosi motosikal elektrik JAMA (Japan Automobile Manufacturers Association), pihak berkuasa daerah Osaka dan juga Unviersiti Osaka untuk pembangunan standard tersebut.

 

 

Komponen-komponen yang dihasilkan pula adalah menepati piawaian TP21003 yang dihasilkan oleh JASO (Society of Automotive Engineers of Japan, Inc. Organization) pada 19 Mac lalu.

Dengan ini, kesemua motosikal elektrik dari jenama Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha akan menggunakan jenis bateri saling-tukar yang serupa dan ini akan membuka pasaran yang lebih besar kepada motosikal elektrik.

Penggunaan bateri saling-tukar adalah lebih mudah dan lebih praktikal kerana penggantian bateri adalah lebih cepat dari terpaksa menunggu berjam-jam untuk mengecaj.

Oleh kerana saiz motosikal yang kecil, seringkali saiz bateri hanya mampu memberi jarak perjalanan yang tidak praktikal.

Bateri saling-tukar membolehkan stesen-stesen penukaran bateri diwujudkan bagi memudahkan pengguna.

Oleh kerana pasaran motosikal Jepun ialah yang paling besar di dunia (di luar China), maka pastinya ia bakal menjadi standard global.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…
Informasi
Jarak gerak yang terlalu pendek Rata-rata, ini ialah isu utama yang menjadi halangan.  Syarikat…