Presiden serta CEO Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim menjelaskan matlamat Kia bukan sekadar menjadi jenama yang berkembang pantas tetapi memastikan pengalaman pelanggan berada di tahap terbaik. Kia mahu membina kekuatan jangka panjang yang mampan untuk pengguna, pengedar dan industri automotif negara.

Malaysia Kini Pasaran Strategik Untuk Kia Asia Pacific
Malaysia bukan sekadar pasaran jualan kerana negara ini juga menempatkan ibu pejabat Kia Asia Pacific (APAC) yang memantau operasi di 33 pasaran termasuk ASEAN Australia dan New Zealand. Dengan lebih 100 kakitangan tempatan dan jualan melebihi 165,000 unit pada 2024 bahagian APAC memainkan peranan penting dalam hala tuju serantau Kia.

Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia, Emily Lek menyatakan inilah masa penting untuk Kia kembali sebagai entiti rasmi yang mengawal sepenuhnya suara nilai dan strategi jenama. Melalui model pimpinan prinsipal langsung yang bermula 1 Januari 2026 Kia kini memegang kawalan penuh terhadap pemasaran jualan latihan dan keseluruhan pengalaman pemilikan pelanggan di Malaysia.

Struktur Kepimpinan Baharu Dengan Pengalaman Kolektif 100 Tahun

KSM turut memperkenalkan struktur organisasi jualan negara yang diterajui pasukan pengurusan berpengalaman luas yang terdiri daripada:
• Hafiz Zaim – Pengarah Produk dan Perhubungan Kerajaan
• Victor Chan – Pengurus Besar Jualan
• Rafhan Saiah – Pengurus Besar Pemilikan
• Vince Yeoh – Pengurus Besar Pemasaran
• Phang Chee Wei – Pengurus Besar Saluran
Pasukan ini dibentuk bagi mengukuhkan semula kedudukan Kia melalui tiga tunggak utama iaitu standard operasi global strategi pemasaran jenama serta pembangunan rangkaian pengedar yang lebih menyeluruh.
Penawaran Produk Yang Lebih Fokus Untuk Keperluan Pelanggan Malaysia
Kia menekankan hanya produk terbaik yang benar benar sesuai dengan keperluan pasaran tempatan akan dipasarkan semula di Malaysia. Portfolio baharu ini merangkumi model ICE dan EV termasuk:
Kia Sportage 2025 (NQ5)
SUV generasi kelima hadir dengan empat varian iaitu 2.0L 2.0L High 1.6T High dan 1.6T High AWD.
• Enjin 2.0L Smartstream: 154 hp 192 Nm transmisi automatik 6 kelajuan
• Enjin 1.6T Gamma II Turbo: 177 hp 265 Nm transmisi DCT 7 kelajuan
Kia Carnival (KA4)
MPV serba keluarga ikonik ini kembali dengan konfigurasi 7 8 dan 11 tempat duduk.
• Enjin 2.2L turbodiesel Smartstream: 199 hp 440 Nm transmisi automatik 8 kelajuan
Kia EV9 GT Line
Model EV utama Kia untuk Malaysia ditawarkan dalam versi 6 atau 7 tempat duduk.
• Kuasa AWD dwimotor: 380 hp 700 Nm
• Bateri 99.8 kWh jarak pemanduan sehingga 505 km
• Pengecasan pantas DC sehingga 350 kW

Kia juga menekankan slogan globalnya “Movement that inspires” iaitu komitmen menghasilkan kenderaan dan pengalaman yang mendorong kreativiti perubahan dan kemajuan dalam kehidupan pengguna.
Melangkah Ke Hadapan Dengan Visi Jangka Panjang
Kim turut menegaskan masa depan Kia di Malaysia sangat menarik dengan pelan jangka panjang yang kukuh serta pasukan berpengalaman untuk merancakkan semula pasaran. Dengan strategi baharu ini Kia yakin dapat mengembalikan kehadiran jenama secara lebih konsisten dan berwibawa.
Untuk pertanyaan jualan servis dan bantuan tepi jalan 24 jam pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan KSM di 1300 88 0133.