Jenama Ralliart muncul semula - sebagai pakej estetik untuk Pajero Sport, Triton

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 11 tahun direhatkan, Mitsubishi akhirnya mengumumkan perancangan untuk menghidupkan kembali divisyen sukan permotoran dan talaan Ralliart.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, dalam pengumuman rasmi yang dibuat pada bulan Mei yang lalu, Mitsubishi dikatakan mahu memperkukuhkan lagi pengalaman 'Mitsubishi-ness driving' menerusi pengenalan semula subjenama itu.
 

ralliart


Sebagai permulaan, Mitsubishi Ralliart kini boleh didapati sebagai barisan pakej aksesori untuk pasaran Thailand, khusus untuk model-model pantas seperti Pajero Sport, dan juga trak pikap Triton.

Pakej aksesori itu merangkumi kemasan bampar depan dan belakang berwarna merah, decal sisi Ralliart, mud flap, alas lantai, serta aksesori khas spoiler belakang hitam dan kemasan arka roda untuk Pajero Sport.

Itu sahaja.
 

ralliart


Lebih menarik perhatian apabila pakej ini hanya dikhususkan untuk model pemanduan roda belakang (bukan pacuan empat roda) sahaja untuk pasaran Thailand.

Jadi, buat para pencinta Ralliart: Adakah kemunculan semula jenama ini membuatkan anda teruja?

 

imej teaser yang didedahkan oleh Mitsubishi beberapa bulan yang lalu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mitsubishi Motors TV, saluran rasmi Mitsubishi di YouTube telah memuat naik koleksi rakaman…
Sukan Bermotor
Mendapat sokongan teknikal penuh daripada Mitsubishi Motors Corp Jepun, cabaran AXCR 2022 tahun ini…
Sukan Bermotor
Bukan untuk pelancaran produk terbaharu, akan tetapi kami diberikan peluang untuk merasai sendiri…