Jentera baharu pasukan pengiring Istana Negara - kacak!

oleh Mohamad Hanif|
Pihak PDRM telah pun menerima kira-kira 30 unit motosikal berkuasa tinggi yang dikhususkan untuk kegunaan istana, yang terdiri daripada BMW R1250RT, serta tiga unit untuk pasukan UTK yang turut merangkumi sebuah model GS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan gambar, kesemua unit telah dilengkapi dengan kelengkapan standard motosikal pengiring seperti lampu strobe sebelum dipasangkan dengan pelekat reflektif PDRM yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang bertempat di Ampang, Armorblaze.

Difahamkan, kesemua 30 unit motosikal berkuasa tinggi itu telah pun diserahkan kepada pihak Istana Negara semalam.