Jentera drift Toyota GR Supra ini dimiliki oleh HGK Racing Team dan pembinaan drift missile ini mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk disiapkan.
Bermula dari sebuah GR Supra standard, segala hasil kerja badan asal telah pun dibuang dan digantikan dengan penggunaan bahan yang ringan, gandingan antara gentian karbon dan Kevlar yang memberikan penampilan warna gelap seakan kuning/hijau.
Selain daripada itu, fender depan dan belakang juga telah direka semula, selain menempatkan tambahan skirt sisi, dan rekaan bampar depan dan belakang yang unik.
Nadi 2JZ-GTE tersebut tidak dibiarkan standard, sebaliknya telah diolah semula dengan penggunaan dua unit turbo dan naiktaraf yang membolehkan ia menghamburkan angka setinggi 1,000 hp!
Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang jentera drift ini menerusi transmisi sekuential Samsonas dengan klac dwi-cakera.