Jentera F1 BMW-Sauber untuk dijual - tidak termasuk enjin

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Hanya manusia yang benar-benar waras sahaja akan mempertimbangkan keputusan untuk membeli jentera terpakai F1, walaupun  mereka mempunyai wang derma daripada putera negara pasir berdengung.

Ini kerana kos untuk membeli jentera F1 ini bukanlah murah jika dilihat kepada teknologi dan kejuruteraan yang telah dimuatkan pada kereta lumba tersebut. 

Namun, jika anda benar-benar mahukan sebuah untuk disimpan (atau dibuat pakai hujung minggu), boleh cuba dapatkan sebuah jentera F1 pasukan BMW-Sauber di laman web Race Cars Direct.
 


Jentera BMW-Sauber yang dimaksudkan ialah F1.07-06B tahun 2007 yang pernah dipandu oleh juara F1 empat kali, Sebastian Vettel, serta Robert Kubica dan Nick Heidfeld. 

Menurut laman web tersebut, kesemua kelengkapan dan peralatan original masih lagi wujud seperti roda stereng, cagak enjin, transmisi, sistem brek, suspensi dan tangki bahan api. 

Perlu diingatkan, setiap komponen tersebut sekurang-kurangnya bernilai dari $50 ribu sehingga $100 ribu (RM208 ribu - RM415 ribu). 

Namun, anda perlu mencari sendiri enjin yang sesuai untuk diletakkan di ruang tersebut memandangkan jentera ini tidak mempunyai sebarang nadi kuasa. 
 


Harga pula tidak dinyatakan dan sebagaimana yang kami sebutkan di awal artikel ini tadi, hanya mereka yang benar-benar waras sahaja akan cuba untuk mendapatkan kereta ini di Switzerland. 

Jadi, beranikah anda untuk mencuba? 

Sumber: Race Cars Direct

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Mereka merupakan pasukan kedua yang memperlihatkan jentera F1 selepas pasukan Haas, namun menurut…
Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…
Sukan Bermotor
Difahamkan, imej jentera ini terbocor lebih awal sebelum acara pengenalan rasmi yang dijadualkan…