Jentera F1 McLaren dilayangkan liveri khas Gulf sempena GP Monaco

oleh Mohamad Hanif|
McLaren Racing baru-baru ini memperkenalkan liveri khas Gulf Oil International yang bakal dilayangkan pada jentera F1 bersempena GP Monaco yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Liveri berwarna biru dan jingga itu bukan sahaja akan dipakai pada jentera MCL35M yang dipandu oleh Lando Norris dan Daniel Ricciardo, malah ia juga akan diaplikasikan pada sut perlumbaan dan kit pasukan.

Kedua-dua pelumba Norris dan Ricciardo juga akan memakai helmet one-off dengan rekaan retro bespoke.

Ketua eksekutif McLaren Racing Zak Brown berkata, "pengenalan liveri baharu ini merupakan penghormatan McLaren kepada rekaan jentera lumba Gulf. Kami merupakan peminat besar rekaan yang berani dan liveri biru Gulf yang menonjol itu merupakan antara liveri yang paling diminati dalam sukan perlumbaan.

Menurut ketua eksekutif Gulf Oil Mike Jones menambah, "Gulf dan McLaren telah pun mempunyai hubungan yang baik sejak tahun 1968, dan kerjasama itu merupakan antara yang paling berjaya di dalam sejarah sukan permotoran.

"Kami berasa teruja dengan penampilan rekaan liveri klasik ini di GP Monaco, acara yang paling hebat dan bergaya di dalam kalendar F1.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…