Jentera lumba Le Mans, model konsep Toyota GR H2 Racing didedahkan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menjelang perlumbaan berprestij Le Mans 24h 2023, Toyota telah mendedahkan model konsep dikuasakan oleh hidrogen, Toyota GR H2 Racing yang dibina khas untuk perlumbaan tersebut.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Toyota GR H2 Racing merupakan sebuah jentera lumba prototaip untuk perlumbaan Le Mans yang menampilkan rangkaian kuasa hibrid, bersama enjin pembakaran dalaman yang dikuasakan oleh hidrogen.

 

2

 

Selaras dengan usaha untuk melestarikan alam sekitar melalui pengurangan pelepasan emisi, hidrogen merupakan salah satu alternatif bagi usaha tersebut, dimana Toyota merupakan antara peneraju terbesar teknologi hidrogen.

Toyota GR H2 Racing bukanlah jentera lumba pertama yang mengaplikasikan penggunaan teknologi hidrogen Toyota, dimana sebelum ini Toyota telah berlumba menggunakan sebuah Corolla yang dikuasakan enjin hidrogen dalam perlumbaan Super Taikyu Series Jepun pada tahun 2021.

 

3

 

Penggunaan teknologi hidrogen sememangnya salah satu cara menghasilkan sifar emisi, namun ia tetap menghasilkan nitrogen oksida berbahaya yang perlu dirawat menggunakan pemangkin berasaskan urea, seperti yang boleh dilihat dalam enjin diesel moden.

Setakat ini, Toyota tidak mendedahkan maklumat mengenai enjin yang akan digunakan untuk teknologi hidrogen pada jentera Toyota GR H2 Racing.

 

4

 

Sebelum ini juga Toyota dan Yamaha dilapor sedang membangunkan enjin V8 hidrogen, jadi kemungkinan enjin tersebut akan digunakan pada jentera lumba itu adalah tinggi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model Century SUV itu tidak berkongsi platform yang sama dengan model sedan, sebaliknya menggunakan…
Berita Global
  Terbaru di Texas, Toyota memperkenal Tundra 1794 Special Edition Premium yang dibuat sebanyak 1…
Berita Global
  Warna Barcelona Red dengan bumbung Jet Black nampak menyerlah dan terdapat dua lagi pilihan…