Jentera rali Lancia Delta Integrale bakal beraksi dalam Rallycross 2022!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia rali, siapa yang tidak kenal dengan jentera lagenda Lancia Delta Integrale yang banyak merangkul kejuaraan suatu ketika dahulu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, jentera yang sama bakal menonjolkan diri semula di dalam World Rallycross Championship 2022 menerusi pasukan perlumbaan Perancis GCK Motorsport.

Ya, ia merupakan entiti sama yang bertanggungjawab membawakan projek restomod Lancia Delta Evo-e yang dilengkapi dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa.

Untuk perlumbaan Rallycross 2022, setiap jentera perlu menampilkan trenkuasa yang terdiri daripada dua motor elektrik berkuasa 671 hp yang dibangunkan oleh syarikat Austria Kreisel.
 

Lancia


Namun, stail badan dan liveri bergantung kepada pasukan individu, dan pihak GCK membawakan liveri yang diinpirasikan daripada Delta yang sebelum ini berjaya memenangi WRC antara 1987 hingga 1992 di dalam Group A.

Sebagai perbandingan, Lancia Delta Delta Evo-e versi standard memiliki trenkuasa elektrik 197 hp dan mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 6.6 saat, dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan.  

Firma GCK pada ketika ini masih belum memutuskan siapa yang bakal duduk dibelakang stereng Delta Evo-e elektrik ini.