Jentera Supra A90 bernadikan 2JZ kecundang sebelum berjuang

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Nampaknya, impian Daigo Saito untuk beraksi dengan Toyota GR Supra bernadikan enjin 2JZ masih tidak kesampaian apabila jentera pertama tersebut dilaporkan mengalami masalah teknikal. 

Menurut gambar yang diperoleh daripada laman Instagram pemandu D1 tersebut, Daigo Saito dilaporkan menyertai acara Monster Enerty Presents D1GP All Star Shoot-Out berlangsung di Odaiba. 

Namun, ketika acara pertunjukan drift sedang berlangsung, jentera tersebut memuntahkan beberapa percikan api daripada bahagian belakang kereta. 

Nasib baik menyebelahi beliau, dan pelumba D1 itu keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. 


 


Sebelum ini, Daigo Saito dan pasukannya mengambil masa kira-kira 42 hari untuk melengkapkan jentera drift A90 Supra dengan enjin 2JZ yang telah dinaikkan sesaran kepada 3.3 liter dan kuasa setinggi 800 hp. 

Jentera tersebut dikatakan merupakan A90 Supra pertama yang menjalani proses transplant enjin kepada 2JZ, juga Supra baharu pertama yang memakai kit badan lebar daripada Pandem. 

Baca: Daigo Saito berentap di D1GP - jentera Supra bernadikan enjin 2JZ

Berita Berkenaan

Berita Global
Walapun daya kilas kekal sama pada 500 Nm, enjin 6-silinder sebaris buatan BMW itu menerima talaan…
Berita Global
Tatkala sesetengah pengeluar mengkhususkan kereta berprestasi tinggi datang dengan transmisi manual…
Berita Global
Toyota Supra sudah pun selesai dilancarkan di negara kelahiran asal model JZA80 Supra, Jepun dan…