Jepun bakal hentikan penjualan kereta petrol, diesel menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Setelah benua Eropah, Jepun mungkin sekali negara terbaharu yang dilaporkan akan mengharamkan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman menjelang pertengahan tahun 2030.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laporan daripada Reuters itu turut mendedahkan bahawa Jepun kini mempunyai misi untuk mengurangkan emisi karbon kepada sifar menjelang tahun 2050.

Langkah terbaharu tersebut menjadikan Jepun sebagai negara G7 kedua yang telah menetapkan tarikh akhir bagi menghentikan penjualan kenderaan berenjin gasolin.

Perincian lanjut hanya akan dibentangkan menjelang akhir tahun ini, menurut wakil kerajaan Katsunobu Kato dalam satu sidang media Khamis lalu.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…