Jepun umum sifar asap kenderaan menjelang 2050

oleh HEZERI SAMSURI|
Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga dijangka akan mengumumkan sasaran baharu negara Jepun untuk kadar pelepasan asap sifar ialah menjelang tahun 2050.

Keputusan ini sejajar dengan apa yang sedang dilakukan oleh Kesatuan Eropah dan 60 lagi negara lain dalam usaha untuk melawan perubahan cuaca.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini sasaran Jepun ialah 80 peratus pengurangan pelepasan asap menjelang 2050 dan kemudiannya berusaha untuk mencapai taraf sifar.

Suga dikatakan akan membuat pengumuman sasaran baharu itu dalam minggu ini.

Jepun ialah penghasil kelima dunia untuk karbon dioksida yang menyebabkan perubahan cuaca. 

Berita ini mengejutkan kerana Jepun selama ini adalah penyokong tegar penghasilan tenaga elektrik menggunakan arang batu.

Pengumuman ini bakal merubah perancangan penghasilan tenaga Jepun untuk masa hadapan.

* Laporan penuh di Reuters.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…