Jerman bentuk pakatan baharu tolak pengharaman ICE 2035

oleh Mohamad Hanif|
Tidak semua ahli di dalam kesatuan Eropah bersetuju dengan cadangan untuk mengharamkan terus penjualan kenderaan baharu yang bukan sifar emisi pada tahun 2035.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut berita Reuters, Jerman dilapor telah membentuk satu pakatan berasingan bersama-sama negara Eropah lain termasuklah Republik Czech, Slovakia, Itali, Poland, Romania, dan Hungary untuk menentang pelaksanaan langkah pengharaman jualan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Difahamkan, kesemua menteri pengangkutan negara yang disebutkan itu tadi telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan perkara yang perlu diubah dalam keputusan EU.

Menteri Pengangkutan Jerman, Volker Wissing dalam satu kenyataan berkata, kumpulan negara itu mahukan kategori kereta berenjin pembakaran berasingan yang boleh menerima bahan api sintetik serta neutral karbon selepas tahun 2035.
 

jerman


Beliau menambah pendekatan yang mahu dilaksanakan oleh EU itu adalah tidak tepat memandangkan terdapat satu cara yang lebih mesra alam bagi menjadikan enjin pembakaran dalaman terus relevan.

Kesatuan Eropah mahu melaksanakan larangan penjualan kereta baharu berenjin petrol dan diesel pada tahun 2035, di mana undang-undang baharu memerlukan pengeluar automotif mengurangkan kadar emisi CO2 kenderaan baharu kepada sifar.

Di samping itu, undang-undang itu juga mewajibkan pengurangan CO2 sehingga 55 peratus untuk kereta baharu, dan 50 peratus untuk van pada tahun 2030.

Pengeluar volum kecil yang menghasilkan kenderaan antara 1,000 hingga 10,000 kenderaan baharu setiap tahun akan diberikan tempoh tambahan sehingga 2036 untuk mematuhi peraturan baharu itu.

Sementara pengeluar yang mendaftarkan kenderaan di bawah 1,000 unit setahun akan dikecualikan daripada peraturan itu.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana…
Berita Global
EU telah mengumumkan siasatan kepada tuduhan kerajaan China memberikan subsidi dan menjadikan EV…
Berita Global
Tidak seperti MINI Cooper EV, MINI Countryman 2024 akan dibina sepenuhnya di kilang BMW Group di…