Jerry Seinfeld hadapi saman US$1.5 juta kerana jual Porsche palsu?

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelawak terkenal dan juga pengumpul Porsche terkenal, Jerry Seinfeld dituduh menjual sebuah Porche 356 Speedster tahun 1958 yang tidak menepati spesifikasi yang didakwa oleh beliau.

Speedster yang dijual oleh Jerry dalam tahun 2016 itu didakwa olehnya adalah salah satu dari 60 unit 356 Speedster dengan badan aluminium dan enjin 4-aci, juga dikenali sebagai Speedster GS/GT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu pembelinya, FICA FRIO Ltd mendakwa Speedster itu bukanlah varian GS/GT seperti yang dikatakan oleh Jerry. Ini adalah selepas kenderaan tersebut diperiksa dengan rapi oleh seorang pakar Porsche klasik.

Jerry bagaimanapun yakin masalah itu boleh diselesaikan dan beliau memberikan kerjasama sepenuhnya.

Pakar-pakar Porsche sebenarnya mempunyai sejarah lengkap tentang nombor casis kenderaan serta enjin yang sepatutnya datang dengan unit itu.

Dunia kereta klasik yang bernilai berbillion Dollar itu memang penuh dengan pakar tetapi tidak mustahil pakar pun boleh melakukan kesilapan.

Di Malaysia, kita mungkin tidak ada ramai pakar tetapi menghairankan harga kenderaan-kenderaan "rare" tetap mahal.

Mungkin satu hari nanti kenderaan "rare" akan datang dengan sijil pengesahan sebelum ia dijual dengan harga yang tinggi. 

Kenderaan yang tidak mempunyai sijil pula akan dijual dengan harga yang rendah.

Dengan cara itu, baharulah industri kenderaan klasik Malaysia boleh bergerak maju.