Jet Boeing kedua dipulangkan kepada Amerika Syarikat

oleh Penyumbang Rencana|
foto reuters
Jet Boeing kedua yang sepatutnya digunakan syarikat penerbangan China 'dipulangkan semula' kepada Amerika Syarikat (AS) setelah ia menjadi antara 'mangsa' perang tarif antara Washington dan Beijing.

Data penjejakan penerbangan, AirNav Radar pada Isnin mendapati 737 MAX berlepas dari Shanghai dan menuju ke wilayah Guam yang merupakan salah sebuah hentian penerbangan sebelum ia meneruskan perjalanan ke Washington.

Sehari sebelum itu, 737 MAX yang tertera logo Xiamen Airlines turut kembali dari Zhoushan dan selamat mendarat di Lapangan Boeing di Seattle.

Pemulangan jet yang juga model terlaris Boeing itu adalah isyarat terbaharu terhadap gangguan penghantaran pesawat baharu berikutan pengumuman tarif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump bakal mengancam status bebas cukai industri aeroangkasa sejak beberapa dekad lalu.

Ketika ini, beberapa penganalisis bimbang kekeliruan berhubung pelaksanaan kadar levi baharu oleh AS berpotensi menjejaskan penghantaran pesawat lain berikutan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan mahu menangguhkan proses tersebut bagi mengelakkan bayaran duti.

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
“Tiga lagi mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,” katanya, tanpa memberikan…
Informasi
Ia hanya untuk fasa pertama iaitu bagi tempoh tiga tahun pertama, bagi jangka sederhana, terminal…
Berita Global
  C919, yang dihasilkan oleh Commercial Aircraft Corp of China (COMAC), direka untuk menyaingi jet…