Jika tahu kenderaan 'total lost' berada di jalan raya, lapor pada JPJ, polis

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta orang ramai yang mengetahui atau melihat kenderaan yang diklasifikasikan sebagai tidak boleh digunakan atau 'total lost' namun masih berada di atas jalan raya supaya segera membuat laporan kepada pihaknya atau polis.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ini kerana tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu menjadi kesalahan mengikut undang-undang apabila mengguna pakai kenderaan diklasifikasikan sebagai tidak boleh digunakan kerana mengalami kerosakan teruk selepas direkodkan terbabit kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pihaknya mengambil serius isu itu dan sedang menyiasat berhubung dakwaan terbabit.

Baru-baru ini, tular mesej individu di aplikasi Telegram mendakwa saudaranya terserempak dengan keretanya yang sudah tidak boleh digunakan tetapi berada di jalan raya.

Semakan dilakukan individu terbabit menerusi aplikasi MyJPJ juga mendapati cukai jalan kenderaan itu yang diisytihar sebagai rosak sepenuhnya sejak 12 tahun lalu masih aktif.

Bacaan sepenuhnya di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau berlaku kehilangan lesen ataupun cukai jalan itu tidak men jadi masalah sekarang ini kerana…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, pihaknya…
Berita Domestik
"Setakat 27 November, 177 institut memandu (IM) daripada 245 IM telah terlibat dalam menawarkan…