Jim Carrey hadiahkan kereta Rm160k sebagai tanda terima kasih

oleh HEZERI SAMSURI|
Selebriti dan pelawak komidi terkenal, Jim Carrey telah menghadiahkan kru filemnya sebuah SUV Chevy Blazer RS bernilai US$40,000 atau hampir RM160,000.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Chevy itu menjadi hadiah utama dalam cabutan bertuah yang diadakan untuk kru filem Sonic The Hedgehog 2 yang berlangsung di Vancouver, Kanada.

Anak kelahiran Toronto, Kanada itu berlakon sebagai Dr Robotnik di dalam filem Sonic The Hedgehog 2 tersebut.

Pemenang cabutan bertuah telah diumumkan Jumaat lalu dan seorang kru yang bekerja sebagai "grip" atau juruteknik kelengkapan sokongan kamera-kamera yang digunakan telah memenangi SUV agresif tersebut.

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menunjukan rasa terima kasih kepada rakan sekerja dan cara Jim Carrey ini memang antara menjadi idaman semua pekerja di dalam dunia.

Sonic The Hedgehog 2 bakal ke layar perak pada bulan April 2022.

Dalam masa yang sama, jika Chevy Blazer itu datang ke Malaysia, ia akan menjadikan ia seteru utama kepada Honda CR-V, Nissan X-Trail, Mazda CX-5 dan Toyota Corolla Cross.

Sayangnya Chevrolet telah lama meninggalkan Malaysia kerana produk yang lemau dan harga yang tidak begitu mesra minda.

* Laporan dari Reuters.