Jimat lebih dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS dari SOCAR

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Platform Penyewaan Kereta No.1 Malaysia, SOCAR telah melancarkan program MONTHLYPASS pertamanya bagi menawarkan akses untuk perjalanan yang fleksibel dan mudah sambil menawarkan penjimatan untuk penyewaan lebih daripada RM400 sebulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS, pengguna akan diberikan pilihan dari lebih 2,000 kereta SOCAR, bermula  dari kereta kompak hinggalah SUV.

SOCAR juga menyediakan lebih 1,000 tempat parkir dan lokasi pengambilan kereta, dimana pengguna boleh dapatkan kereta untuk disewa sedekat 1 minit sahaja.

 

2

 

Pas baharu itu ditawarkan tepat bersempena bulan Ramadhan dan hari Raya yang akan tiba bagi memudahkan perjalanan sepanjang musim perayaan itu.

Tawaran itu bakal membantu berjuta-juta umat Islam di Malaysia yang menjalani ibadah berpuasa dan membuat persiapan bagi hari Raya akan datang.

Selain itu juga, SOCAR turut memberikan dua tawaran tambahan untuk pelanggan yang menyewa dengan tempoh singkat dimana tempahan sehingga 2 jam dibuat antara 9AM - 3PM akan menikmati diskaun 50%.

 

3

 

Manakala tempahan sekurang-kurangnya 2 jam antara 4PM - 8AM akan layak menerima diskaun 35%, kedua-dua tawaran sah sehingga 21 April 2023.

Ramadan Raya MONTHLYPASS itu akan ditawarkan pada harga RM99, mereka yang berminat boleh layari laman sesawang SOCAR untuk sebarang maklumat lanjut.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan mobiliti pengguna, di mana ia…
Berita Domestik
Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang…
Berita Domestik
Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat…