Jimat tapi berkuasa - bukan mudah untuk wujud dalam enjin trak pikap! 

oleh HEZERI SAMSURI|
Enjin ialah nadi dalam mana-mana kenderaan, dan ia perlu memuaskan hati ribuan pengguna dengan pelbagai jenis keperluan.

Untuk trak pikap, ia bukan sahaja perlu cukup tenaga untuk kerja-kerja berat, ia juga perlukan keterperincian dan penjimatan bahan api - sesuatu yang mustahil boleh dilakukan suatu ketika dahulu.

Namun begitu, enjin-enjin yang dibekalkan oleh Ford untuk Ranger generasi baharu nampaknya berjaya menghasilkan keseimbangan yang cukup baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua pilihan enjin

Dua jenis enjin yang ditawarkan - enjin turbo tunggal 2.0L diesel dengan 170PS dan 405Nm serta enjin Bi-Turbo 2.0L diesel yang menghasilkan 210PS dan 500Nm direka khusus untuk memuaskan hati pelanggan alaf kini.

Contohnya, enjin Bi-turbo itu mempunyai sistem pintasan pintar yang menentukan mod operasi paling optimum bagi satu-satu keadaan.

Pengecas-pengecas turbo itu beroperasi secara bersiri bagi meningkatkan daya kilas dan maklum balas yang lebih pantas, atau pengecas yang kecil dipintas terus untuk membenarkan pengecas turbo yang besar menghasilkan lebih banyak tenaga.

Menurut Pengurus Global Program Ranger dan Everest, Pritika Maharaj, teknologi yang diwujudkan oleh Ford itu khusus untuk memberikan prestasi terbaik untuk pengguna global.

 

 

Dua sistem 4X4

Trenkuasa juga membabitkan penggunaan transmisi yang pintar, dan Ranger baharu diberikan dua sistem pacuan empat roda. 

Pacuan empat roda asas adalah sistem “separuh masa” dengan kotak pindah shift-on-the-fly elektronik dua-kelajuan dengan mod operasi 2H, 4H dan 4L. 

Ranger generasi baharu juga menawarkan sistem pacuan empat roda on-demand (2H, 4A, 4H dan 4L) yang membolehkan Ranger dipandu dengan pacuan empat roda di permukaan dengan cengkaman lebih kuat menerusi mod 4A (automatik). 

Apabila suatu sistem dipilih, ia secara berterusan mengagihkan kuasa antara gandar depan dan belakang untuk prestasi optimum, tanpa mengira keadaan jalan raya.

Ranger generasi baharu ini kekal menawarkan differential lock belakang (untuk varian WildTrak dan XLT Plus), yang boleh diaktifkan menerusi skrin SYNC4A®. Differential lock membolehkan kedua-dua roda pada mana-mana gandar untuk berpusing dengan kelajuan sama, memberikan cengkaman tambahan ketika pemanduan off-road.

 

 

Enam mod pemanduan

Ranger generasi baharu sudah dilengkapi dengan enam mod pemanduan, bergantung kepada varian. 

Mod yang ditawarkan adalah: Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery untuk jalan raya serta Mud/Ruts dan Sand untuk off-road. 

Mod-mod ini mengubah segalanya, daripada penukaran gear kepada maklum balas pendikit, kawalan cengkaman dan kestabilan, ABS dan sebagainya. 

Sifat fizikal yang "off-road ready"

Kelihatan lasak tidak bermaksud ia memang lasak. Ford cukup faham propa yang sering digunakan dalam dunia komersil ini dan untuk membuktikan Ranger adalah trak pikap yang bersedia untuk direnyah, ia memberikan ciri-ciri fizikal yang tidak wujud pada pikap lain.

Contohnya, bumbung Ranger generasi baharu juga sedia dengan bumbung yang dapat menampung berat sehingga 350 kg (statik) dan sehingga 85 kg (dinamik). 

Bergantung kepada varian dan pasaran, kapasiti penuh bebanan Ranger generasi baharu mencecah sehingga 1,000 kg (1 tan). 

Seperti model semasa, Ford Ranger generasi baharu menawarkan kemampuan mengharung air sedalam 800 mm pada kelajuan 7 km/j.

Penambahan 50 mm untuk jejak tapak dan jarak antara roda bagi Ranger generasi baharu ini telah meningkatkan lagi kestabilannya, di jalan raya mahupun ketika off-road. 

 

 

Ia juga telah diberi penambahbaikan sudut menghampiri di depan kepada 30 darjah (daripada 28.5 darjah untuk model sebelumnya) dan sudut di belakang kepada 23 darjah (daripada 21 darjah bagi model sebelumnya). 

Sudut belakang ini juga tetap sama ketika palang tunda dipasang, hasil daripada kemaskini yang dilakukan itu.

Untuk melindungi komponen penting ketika pemanduan off-road, Ranger generasi baharu menyediakan “perisai” pelindung di bahagian dalam untuk stereng, takungan pelincir, kotak pindah dan transmisi. 

Perisai ini dibuat daripada keluli yang dipotong dan ditempa dengan laser. 

Selain itu, bolt pelindung berkenaan turut dilindungi daripada kerosakan dan senang dikeluarkan untuk diservis.

Memandangkan pelindung dipasang secara terus pada casis, ia meningkatkan lagi ketahanan struktur jentera pacuan empat roda ini.

 

 

Pameran Ranger baharu di Kuching dan Kota Kinabalu

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, akan mempertontonkan Ranger generasi terbaharu ini di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall, dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

Berkunjunglah ke Vivacity Megamall di Kuching hari ini untuk mengalami sendiri pengenalan eksklusif Ranger generasi baharu.

 

 

Daftar di laman “Register” ini untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke lokasi berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…