Jimny 5-pintu dikesan dan apa jadi dengan Suzuki di Malaysia? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Suzuki Jimny generasi terkini nampaknya adalah satu fenomena automotif yang tidak wujud di Malaysia. Walaupun dilancarkan dalam tahun 2018, ternyata jualan Jimny masih tetap hangat di kebanyakan pasaran global.

Gambar intip terkini dari Eropah menunjukan Suzuki bakal menghasilkan varian 5-pintu untuk SUV kompak tersebut.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Walaupun unit ujian itu menampilkan hanya dua pintu, bentuk tingkap tidak mampu menyorokan kehadiran sepasang lagi pintu untuk tempat duduk belakang.

Desas-desus turut mengadakan enjin varian turbo akan diperkenalkan bagi memberikan pilihan dari enjin 660cc turbo dan enjin 1.5L n/a yang wujud sekarang.

Buat masa sekarang, Jimny ini hadir dalam dua varian - Jimny JB64 dalam saiz kei-car untuk Jepun dan Jimny JB74 Sierra yang lebih lebar dan lebih popular untuk pasaran luar Jepun.

Untuk yang berminat, kedai-kedai pengimport ada membawa masuk unit-unit baik-pulih (re-cond) dari Jepun. Harga Jimny 660cc tahun 2018 ialah dalam sekitar RM145k dan Jimny 1.5L Sierra tahun 2018 ialah dalam RM170k.

 

 

Harga Jimny baharu di Thailand semasa dilancarkan dalam tahun 2019 ialah bermula dari RM199k ke RM212k.

Di Indonesia, harga semasa pelancaran dalam tahun 2019 pula ialah dari RM93k tetapi ia telah meningkat kepada RM113k awal tahun ini.

Singapura mencatat harga tertinggi untuk Jimny - dalam lingkungan RM346k semasa dilancarkan tahun 2019.

Malaysia pula mencatatkan jumlah gambar-gambar pengguna menggigit jari paling tinggi kerana sejak Suzuki (4-roda) gagal selepas bersama DRB-Hicom dalam tahun 2015.

Suzuki kemudian bersetuju untuk menjadikan Proton dan DRB-Hicom sebagai rakan kongsi dalam pemasangan model-model Jepun itu dibawah jenama Proton tetapi selepas Ertiga, Suzuki secara rasmi meninggalkan Malaysia.

Ada ura-ura mengatakan jenama Superman itu akan muncul kembali tahun lalu bersama Naza tetapi sehingga kini, tidak ada berita terbaharu mengenai isu tersebut dan dengan cara Naza mengendalikan jenama Kia sekarang, mungkin Suzuki berfikir 10 kali untuk kembali ke Malaysia dengan syarikat bumiputra tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dengan dominasi BEV dari China, e Vitara hadir dalam reka bentuk seperti kenderaan biasa dan…
Berita Global
Suzuki Motor Thailand (SMT) ditubuhkan pada 2011, berikutan pengumuman kerajaan Thailand pada 2007…
Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…