Jimny baru hampir dilancar di Malaysia - berapa harganya? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Suzuki cuma mempunyai dua model untuk ditawarkan di Malaysia, iaitu Suzuki Swift Sport dan Jimny.

Hatchback sporti itu sudah terlancar dan Careta sendiri sudah memandu ujinya (video ada di YouTube Careta TV) dan nampaknya Jimny bakal dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi jenama kereta Suzuki sudah mula memberikan petanda tersebut dengan satu poster di Facebook rasmi mereka.

Jimny sudah lama dilancarkan di Thailand dan di Indonesia, dan ia hadir dengan enjin K15B 1.5 liter tanpa turbo dengan 102PS dan 130 Nm serta transmisi manual dan automatik.

Malaysia dijangka akan menerima tranmisi automotik 4-kelajuan kerana pasaran manual tidak popular. Ia juga menggunakan sistem pacuan 4-roda AllGrip Pro, yang memungkinkan ia dipandu di kawasan sukar.

 

 

Harga? 

Jimny di Jepun bermula dari harga RM61,000 sementara Indonesia pula ialah RM116,000. Thailand pula ia pernah dijual pada harga RM205,000. Jualan Jimny telah dihentikan di Thailand kerana harga yang tinggi. 

Adakah Malaysia akan menerima harga seperti di Indonesia atau di Thailand?  Jika mengikut logik akal, Malaysia tidak mungkin akan menerima harga seperti di Indonesia kerana Jimny ini akan diimport masuk sepenuhnya (CBU) dari Jepun. 

Indonesia mempunyai perancangan untuk memasang Jimny di sana tetapi ia masih belum berlaku. Pemasangan Jimny di India pula nampaknya khusus untuk pasaran Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika.

Kita tunggu pelancaran rasminya kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Antara model yang dimaksudkan termasuklah Suzuki Ertiga (Toyota Rumion), Suzuki Brezza (Toyota…
Berita Global
Daripada jumlah tersebut, terdapat tiga model pameran yang bakal mencuri tumpuan umum. Salah satu…