JIYUE 07 - SEDAN FASTBACK EV OLEH GEELY, BAIDU

oleh Firdaus Razani|
Selepas beberapa bulan model Jiyue 01 diumumkan modelnya di khalayak awam, serta dikatakan menjadi saingan kepada Tesla Model Y, kini China mengumumkan model baharu iaitu Jiyue 07.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jiyue 07 merupakan kenderaan elektrik (EV) berbentuk fastback terbaru yang juga dikeluarkan melalui usaha sama Geely dan Baidu di China.

Ia dibina pada platform SEA (Sustainable Experience Architecture), sama seperti yang digunakan oleh model Polestar 4, Volvo EX90 dan beberapa model Zeekr.

Walaupun, butiran terperinci model ini masih terhad, saiz model ini hampir seperti dengan Tesla Model 3 dan reka bentuknya berkongsi banyak persamaan dengan model 01.

 

jiyue07

 

Jika dilihat dari luaran model tersebut, Jiyue 07 datang dengan sepasang bentuk lampu utama LED yang menarik dan bar lampu LED lebar penuh di bahagian atas gril hadapan yang menarik perhatian.

 

jiyue07

 

Dari pandangan sebelah sisi tepi pula, garisan bumbung (roofline) yang ditarik ke belakang seolah aliran nampak laju serta cantik dan garisan bahu (shoulderline) menjadi elemen menarik pada kereta tersebut.

 

jiyue07

 

Model ini juga dilengkapi bumbung matahari panoramik penuh dan lampu belakang serta bar cahaya yang menyerupai dengan model 01.

 

jiyue07

 

Dari rekaan dalaman, ia mempamerkan papan pemuka  yang menonjolkan skrin besar-besaran yang terus dipasang di tengah dan elemen reka bentuk minimalis dan didatangkan dengan stereng berbentuk agak unik dan canggih.

 

jiyue07

 

Seperti 01, varian permulaan Jiyue 07 mempunyai motor elektrik 268 hp dan pek bateri 71.4 kWj manakala model varian perdana akan dilancarkan dengan persediaan dwi-motor dengan 536 hp dan disuap oleh pek 100 kWj.

 

SUMBER : Carscoops