"Sebaliknya kakitangan JKJR akan terus berkhidmat di JPJ bagi menjalankan tugas sebagai peneraju advokasi keselamatan jalan raya demi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta mengurangkan kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
"Para petugas akan terus memainkan peranan sebagai penyelaras bagi inisiatif-inisiatif baharu ke arah peningkatan keselamatan jalan raya," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, kementerian mengharapkan penyerapan berkenaan akan menambah baik dan mempertingkatkan lagi urus tadbir jabatan khusus dalam soal keselamatan jalan raya sekali gus membawa manfaat kepada rakyat Malaysia.
-- BERNAMA