Melalui laman Facebook, JKR Pahang memaklumkan laluan tersebut masih ditutup seperti notis pemberitahuan penutupan jalan yang dikeluarkan oleh JKR Daerah Pekan sebelum ini.
Kerja-kerja pemasangan jambatan bailey di lokasi berlakunya runtuhan jalan masih giat dilaksanakan.
"Laluan tanah di sebelah jambatan bailey hanya dibina sementara di atas pembentung yang telah runtuh untuk melancarkan kerja-kerja di tapak dan dikhuatiri tidak selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.
"Sehubungan itu, JKR tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang terjadi terhadap pengguna jalan raya tersebut," menurut hantaran itu.
Selain itu, JKR akan melaporkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap penyebaran berita palsu berkenaan dan menasihati orang awam agar tidak mempercayai maklumat tersebut serta tidak menyebarkannya kepada orang lain.
SUMBER : BERNAMA