JKR Sabah - Jalan Ranau ke Sandakan tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JKR
Jalan Ranau ke Sandakan tidak dapat dilalui oleh mana-mana jenis kenderaan pagi ini akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.


Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan pada Isnin, tiada jalan alternatif boleh dilalui pengguna jalan raya dan kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan pada masa ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kenyataan itu juga memberitahu kejadian itu berlaku di kawasan KM167.9, Hutan Simpan Taviu, Ranau.

 

"Kejadian berlaku dipercayai akibat hujan lebat berterusan sepanjang malam tadi. Pemeriksaan dan pemasangan Traffic Management Plan telah dilakukan di kawasan terlibat. JKR Sabah menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengambil berhati-hati," kata kenyataan itu.

 

Jalan Ranau ke Sandakan merupakan antara jalan utama yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Sabah melalui kaki Gunung Kinabalu.

 

Ranau merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah terletak 117 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…
Informasi
Beliau berkata, jalan yang terlibat antaranya Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng…
Informasi
Beliau berkata bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang ramai terpelihara, pihak polis akan…