JMS 2023: TDEM hasilkan gas hidrogen daripada biogas ladang ayam

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing (TDEM) mengumumkan inisiatif dengan Commercial Japan Partnership Technologies (CJPT) untuk menghasilkan gas hidrogen daripada sisa buangan ladang ayam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mesin penghasilan gas hidrogen menggunakan biogas ladang ayam itu akan mula beroperasi pada akhir Oktober 2023, di mana hidrogen yang dihasilkan itu akan digunakan untuk trak hidrogen logistik jarak jauh yang mampu menyumbang kepada emisi sifar di dalam segmen pengangkutan tugas berat.

Mesin di TDEM itu akan dikuasakan oleh elektrik hijau daripada panel solar, mencerminkan komitmen Toyota untuk sentiasa fokus kepada Life Cycle Actions (LCA) untuk setiap inisiatif alam sekitar mereka.

Mesin produksi hidrogen yang dipasang di TDEM itu dihasilkan oleh Mitsubishi Kakoki, dengan kapasiti produksi awalan sekitar 2 kg/hari.
 

hidrogen


Toyota Motor Corporation dan Toyota Tsusho akan bekerjasama ke arah pembangunan ekosistem hidrogen, termasuklah sistem pemampatan, penyimpanan, pengangkutan, serta membangunkan sistem pengendalian yang khusus.

Bercakap kepada sidang media Asia pada 24 Oktober, CEO TMC rantau Asia Masahiko Maeda berkata, “kami menubuhkan CJPT untuk mempercepatkan lagi inisiatif dengan rakan kongsi yang mempunyai fikiran yang sama, dan saya teruja melihat projek kami dengan kumpulan ini berjalan dengan baik.

“Mesin hidrogen ini merupakan satu lagi pencapaian kami dalam usaha untuk mencapai neutraliti karbon di rantau Asia.

“Di dalam projek ini, semua pihak di dalam CJPT, bersama-sama dengan Mitsubishi Kakoki dan Toyota Tsusho komited untuk mempamerkan usaha yang dibuat ke arah menawarkan mobiliti untuk semua, dengan teknologi yang sebenar dan praktikal dengan menggunakan kekuatan masing-masing.