
Dua konsep STI dua hala tuju
Dalam pameran kali ini Subaru memperkenalkan dua model konsep berprestasi tinggi iaitu Performance-E STI versi penuh elektrik dengan reka bentuk futuristik dan Performance-B STI yang jelas lebih dekat dengan DNA asal STI: petrol transmisi manual dan enjin boxer.

Berdasarkan WRX generasi semasa
Model ini dikatakan diasaskan daripada Subaru WRX generasi kedua (kod VB) yang kini dijual di pasaran AS namun diubahsuai menjadi varian lima pintu lengkap dengan sentuhan STI yang agresif. Rupa luarnya dihiasi splitter depan dan belakang side skirt hood scoop rim khas STI aksen merah di sekeliling badan serta sayap belakang besar yang mengingatkan pada era STI klasik.

Masih guna enjin boxer
Walaupun Subaru tidak mendedahkan enjin sebenar di bawah bonet mereka mengesahkan model ini masih menggunakan “horizontally opposed combustion engine” iaitu enjin boxer empat silinder. Kemungkinan besar ia adalah versi talaan semula daripada unit 2.4 liter turbo WRX namun belum disahkan.

Interior macam WRX sebenar
Dari gambar sebenar yang diambil di pameran tersebut ruang dalaman hampir serupa dengan WRX sedia ada seperti skrin tengah besar transmisi manual 6 kelajuan serta beberapa lencana STI pada papan pemuka dan kerusi.

Harapan untuk STI baharu
Selepas WRX STI dihentikan pada 2021 dan Subaru menyatakan tiada lagi model STI petrol dalam perancangan kemunculan Performance-B STI Concept ini sedikit sebanyak menyalakan kembali harapan peminat. Dengan jualan WRX yang agak perlahan dan minat terhadap EV yang kini merosot langkah menghidupkan semula nama STI dalam bentuk petrol mungkin strategi terbaik untuk mengembalikan semangat “rally bred” Subaru.