
V8 Baharu, Asas Dari Enjin 4-Silinder Modular
Menurut Uehara, enjin V8 ini berasaskan keluarga baharu enjin petrol modular Toyota yang terdiri daripada unit 1.5L dan 2.0L, dengan reka bentuk lebih ringan dan padat. Dalam model konsep GR Yaris M ber-enjin tengah, unit 2.0L “G20E” mensasarkan lebih 400hp, dan Uehara menjelaskan bahawa enjin V8 baharu ini “berkait rapat” dengan unit empat silinder tersebut tetapi dengan kuasa jauh lebih besar hasil tambahan empat silinder dan dua pengecas turbo.
Enjin Hibrid Tanpa Plug-In
Menariknya, Uehara turut mengesahkan bahawa enjin V8 baharu itu akan menjadi sebahagian daripada sistem hibrid, namun bukan jenis plug-in hybrid (PHEV). Ini bermakna sistemnya direka untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan tanpa memerlukan pengecasan luaran.

Sumber industri menjangkakan enjin ini akan digunakan pada supercar Toyota berasaskan jentera GT3 yang bakal diperkenalkan sekitar Disember ini. Ia dijangka menjadi jantung kepada model GR flagship baharu yang menggabungkan teknologi perlumbaan dan jalan raya.

Lexus Juga Akan Gunakan V8 Elektrifikasi
Dalam sesi sama, Uehara turut memberi bayangan bahawa enjin ini bukan eksklusif kepada Toyota sahaja. Lexus juga akan menggunakan versi V8 tersebut dalam versi produksi Lexus Sport Concept yang dipamerkan baru-baru ini.
“You can expect—you see the Lexus new sports car? That is that…” katanya sambil menambah bahawa talaan enjin untuk Lexus akan berbeza daripada versi Toyota.

“Mungkin Lexus akan dapat versi yang lebih ‘gentle’, manakala Toyota akan guna konfigurasi lebih ‘muscular’ dan heavy-duty,” ujar beliau.
Langkah Strategik dan Ekonomi Skala
Pembangunan enjin V8 baharu ini juga masuk akal dari sudut ekonomi. Menghasilkan enjin baharu sepenuhnya untuk satu model eksklusif sukar untuk dijustifikasikan dari segi kos, tetapi jika digunakan juga pada model Lexus dan jentera perlumbaan GT3, pelaburan tersebut akan lebih berbaloi dan memperkukuh ekonomi skala.

V8 Masih Belum ‘Mati’
Toyota bukan satu-satunya pengeluar yang masih komited dengan V8. Mercedes-AMG juga sedang membangunkan V8 generasi baharu, manakala BMW telah mengesahkan mereka akan menyesuaikan enjin V8 sedia ada dengan piawaian emisi masa depan. Porsche pula (di bawah kumpulan Volkswagen) turut berhasrat mengekalkan enjin V8 hingga ke tahun 2030-an.

Dengan pengesahan rasmi ini, jelas bahawa enjin V8 masih belum menuju ke kubur. Toyota membuktikan bahawa walaupun era elektrifikasi semakin rancak, enjin pembakaran dalaman berkuasa besar masih ada tempatnya terutama dalam dunia prestasi tinggi dan motorsport. Sumber: Motor 1