JMS2025 | Toyota Kids Mobi - EV Comel Pandu Sendiri Untuk Kanak-Kanak

oleh Qalif Latif|
Toyota muncul dengan satu konsep pelik tapi comel di Japan Mobility Show 2025, sebuah kenderaan elektrik kecil bernama Kids Mobi yang direka khusus untuk kanak-kanak. Ia bukan sekadar mainan, tapi satu “personal mobility” sebenar yang menggunakan teknologi pemanduan autonomi dan kecerdasan buatan (AI).

Rekaan & Ciri Unik
Kids Mobi menampilkan bentuk gelembung futuristik dengan roda tertutup dan lampu LED berbentuk “mata” yang boleh memaparkan ekspresi. Di bahagian atasnya terdapat penderia berbentuk telinga, menjadikan keseluruhan rekaan nampak seperti watak animasi hidup.

Toyota Kids Mobi

Bahagian kanopi pula terbuka ke atas seperti kapsul sci-fi, mendedahkan kabin kecil yang hanya muat untuk seorang kanak-kanak setinggi 130 cm (lebih kurang 4 kaki 3 inci). Di dalamnya, sistem AI bernama UX Friend akan berinteraksi, berbual, dan bermain dengan penumpang sepanjang perjalanan.

Toyota Kids Mobi

Dikuasakan AI, Tapi Boleh “Memandu” Sendiri
Walaupun Kids Mobi menggunakan teknologi pemanduan autonomi sepenuhnya, Toyota menjelaskan kanak-kanak masih boleh “menyertai” pengalaman memandu, memberikan mereka rasa kawalan dan kebebasan.

Toyota Kids Mobi

Menurut Toyota, “bukan orang dewasa sahaja yang ingin menikmati pemanduan dan masa bersendirian. Kanak-kanak juga mahu kebebasan bergerak. Seperti orang dewasa dengan kereta mereka, kanak-kanak juga berhak mempunyai ‘sidekick’ yang boleh dipercayai.”

Keselamatan & Masa Depan AI Mobility
Idea membiarkan kanak-kanak menaiki kenderaan tanpa pemandu mungkin kedengaran seperti sains fiksyen, namun Toyota percaya suatu hari nanti ia boleh jadi lebih selamat berbanding bas sekolah konvensional. Kids Mobi masih berstatus konsep, tetapi menurut Toyota, projek ini adalah sebahagian daripada matlamat besar pusat AI x Robotics Data Center mereka, menunjukkan hala tuju mobiliti masa depan untuk generasi muda.

Toyota Kids Mobi

Sumber: Carscoops