Johor Bahru - Ulat parkir kembali aktif

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JSPT JOHOR
Kegiatan 'ulat parkir' haram di sekitar bandar raya Johor Bahru kembali aktif sehingga mengundang rasa tidak selesa orang awam.


Terkini, dua lelaki ditahan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) negeri malam semalam selepas disyaki terbabit kegiatan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua JSPT negeri, M Kumarasan berkata, lelaki berusia 24 dan 39 tahun itu ditahan ketika sedang mengawal dan mengatur kenderaan untuk parkir di tepi Jalan Wong Ah Fook, dekat sini, dengan mengambil wang sebagai bayaran parkir secara haram.

 

"Tempat diaturkan suspek adalah kawasan larangan untuk meletakkan kenderaan, namun mereka dengan rasa tiada tanggungjawab mengenakan bayaran tertentu pada individu," katanya menerusi kenyataan semalam.

 

Mengulas lanjut, katanya pihaknya pernah melakukan operasi khas bersepadu yang menyasarkan kegiatan ulat parkir secara berkala.

 

Malah, beliau berkata semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kegiatan ini terus lenyap seketika, namun kembali aktif sehingga mendatangkan kegusaran dan keresahan masyarakat awam.

 

"Ada antara mereka memaksa dan meminta wang sehingga mewujudkan suasana tegang.

 

"Hasil maklum balas orang ramai menyatakan mereka terpaksa membayar ulat parkir terbabit kerana takut kenderaan dikhianati, sekiranya tidak berbuat demikian," katanya.

 

Kumarasan berkata, operasi ulat parkir jelas menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gangguan dan desakan yang menyalahi udang-undang, lantas perlu ditangani.

 

"Kegiatan ini akan dibanteras habis-habisan dalam memastikan Johor bersih daripada kegiatan tidak bermoral dan secara tidak langsung meningkatkan persepsi baik serta mewujudkan rasa selamat dalam kalangan orang ramai, khususnya pelancong selaras pembukaan sepenuhnya sempadan Malaysia-Singapura bermula Jumaat ini," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya masih keliru mengapa pelanggan memfailkan kes terhadap saya," kata responden berusia 38 tahun…
Berita Domestik
“Dalam kes ini, pembeli (yang menuntut) tidak mempunyai sebarang pengetahuan teknikal tentang…
Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…