Johor peruntukkan RM2.8 bilion kerja selenggara jalan

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan pusat memperuntukkan RM2.8 bilion bagi perlaksanaan projek dan kerja senggara jalan-jalan Persekutuan yang melibatkan 303 projek di seluruh negeri Johor bagi tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peruntukan itu melibatkan 43 projek bangunan dengan kos RM816,116,695,134 kerja senggara bangunan (RM87,226,232) dan 24 projek jalan (RM1,803,088).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Selain itu sebanyak 88 kerja senggara jalan (RM125,290,286) dan 14 projek jalan cerun (RM10,996,000) turut termasuk dalam peruntukan tersebut," katanya dalam sidang akhbar Jelajah FTRoadpedia Zon Selatan 2.0 di Jalan Johor, Taman Sri Lalang pada Jumaat.

Beliau berkata, menerusi tinjauan pihaknya bermula di Johor, kebanyakan aduan adalah berkenaan kerosakan jalan Persekutuan yang serius.

"Sebab itu kita tinjau jalan dari sempadan Pahang, Mersing hingga Kota Tinggi, memang kita lihat keadaan jalan perlu dibina semula di sebahagian jalan sebab keretakan agak serius.

"Selain itu sebahagian kawasan menjadi laluan haiwan liar contohnya gajah melintas yang mengakibatkan kemalangan. Selepas perbincangan dengan Jabatan Perhilitan, kita akan pasang lampu jalan jenis LED di kawasan terbabit

"Yang ini kita sudah beri peruntukan awal RM200,000 daripada permohonan RM2juta dan tadi kita beri perutukan tambahan RM650,000 supaya dapat tambah lampu di kawasan kritikal dahulu," jelasnya.

 


Sementara itu, Fadillah berkata, laluan FT003 Johor merupakan jalan Persekutuan sepanjang 169.95 kilometer bermula dari Mersing sehingga daerah Johor Bahru akan diselenggara secara 'performance based contract' (PBC).

Katanya, perlaksanaan kontrak itu merupakan satu pendekatan baharu yang lebih holistik bagi kerja penyenggaraan dilaksanakan oleh pihak syarikat dilantik yang diukur melalui pencapaian ditetapkan.

Menurutnya, PBC merupakan model penyenggaraan yang lebih sistematik dan berkesan berbanding kontrak konvensional sedia ada yang bersandarkan pencapaian terhadap kerja siap berdasarkan skop kerja yang ditetapkan.

PBC sekarang katanya, adalah dalam tempoh percubaan di Johor dan akan diperluaskan di selatan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Maknanya projek jalan-jalan ini akan dinilai oleh JKR Malaysia melalui JKR negeri dan syarikat konsesi. Bagi zon selatan konsesi Selia Selenggara. Bila mereka laksanakan maka jalan ini akan ditanggung oleh mereka dari segi waranti hingga tamat tempoh konsesi mereka dan ditambah lagi dua tahun sebagai tempoh jaminan kerja mereka," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada jelajah itu pihaknya juga akan melihat laluan Senai Desaru Highway kerana laluan itu juga merupakan kawasan aduan setelah empat lorong menjadi kepada dua lorong.

"Laluan itu pun kita akan tinjau dari situ kita akan kemukakan cadangan atau permohonan kepada kerajaan Persekutuan berhubung hasrat kerajaan negeri Johor untuk tambah baik jalan terbabit kerana ia laluan utama tarikan pelancong di Johor," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Setakat 30 Jun lepas, sebanyak 2,950 jalan berlubang telah diselenggara, selain kerja baik pulih…
Berita Domestik
Kesan kenaikan ini menyebabkan sebilangan besar rakyat Malaysia terpaksa mengambil langkah…
Berita Domestik
  "Kenderaan itu masih boleh digunakan walaupun ia melebihi had usia, bagaimanapun ia akan ditukar…