JPJ - 25 kompaun dikeluarkan kepada penunggang p-hailing dalam operasi kurang dari 2 jam

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri telah mengeluarkan 25 notis kompaun kepada penunggang p-hailing dalam tempoh tidak sampai dua jam menerusi operasi pemantauan yang dijalankan semalam.



JPJ Johor dalam satu kenyataan memberitahu, notis berkenaan dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti gagal mematuhi lampu merah pada isyarat lalu lintas dan notis kompaun atas kesalahan tiada lesen memandu (CDL).

 

Sebanyak 25 notis kompaun dikeluarkan dalam waktu yang singkat menunjukkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang perkhidmatan p-hailing adalah rendah, ujarnya.

 

“JPJ telah menerima banyak aduan mengenai penunggang perkhidmatan p-hailing berkenaan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

 

“Sehubungan dengan itu, Seksyen Operasi, Bahagian Penguatkuasa JPJ Johor telah menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi ‘hotspot’.

 

“Tujuannya adalah untuk mengesan ketidakpatuhan tujuh kesalahan utama jalan raya yang menjadi punca kemalangan maut,” dalam satu kenyataan semalam.

 

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang dikenakan notis kompaun berdepan dengan maksima kompaun berjumlah RM300.

 

Katanya, advokasi merupakan tindakan berhemah dengan memberi nasihat kepada penunggang p-hailing supaya menitikberatkan pematuhan peraturan jalan raya dan keselamatan semasa menjalankan perkhidmatan penghantaran.

 

Berikutan itu, tambahnya, aktiviti penguatkuasaan dan advokasi dijalankan secara berterusan di seluruh Johor bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap pematuhan peraturan jalan raya. 

 

 

UtusanOnline

Berita Berkenaan

Berita Global
Seramai 4,805 orang telah ditemubual berkenaan persiapan untuk menghadapi larangan jualan terhadap…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamaruddin Mat Salleh berkata, siasatan…
Berita Domestik
  "Dalam operasi bermula 9 malam dan berakhir 6 pagi Ahad, kita berjaya menahan 30 individu kerana…