JPJ: 55 kompaun bernilai RM10,000 - RM50,000 dikeluarkan dalam masa sebulan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 55 kompaun bernilai antara RM10,000 hingga RM50,000 terhadap pengguna jalan raya yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) termasuklah membawa lebihan penumpang dalam kenderaan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara.


Jumlah direkodkan menerusi Op Patuh Covid-19 dalam tempoh sebulan bermula Julai lalu hingga kini.

 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim, operasi pemeriksaan dijalankan terhadap kenderaan perdagangan dan persendirian.


Katanya, kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

“Operasi memfokuskan kepada aspek keselamatan jalan raya dan pematuhan terhadap SOP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

“Mereka yang melanggar SOP dikenakan tindakan kompaun RM10,000 bagi kenderaan persendirian manakala RM50,000 bagi kenderaan syarikat,” katanya pada sidang akhbar di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di sini pada Ahad.

 

Beliau sebelum itu menyertah Op Patuh Covid-19 yang dijalankan di hadapan akademi terbabit.

 

Hadir sama, Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Penawaran siri eksklusif berkenaan adalah simbolik memperingati lapan dekad peranan dan sumbangan…
Berita Domestik
“Tidak dinafikan sebelum ini memang ada beberapa aduan yang diterima berkaitan penukaran hak milik…
Berita Domestik
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata 205 kenderaan diperiksa dan 132 kenderaan…