JPJ ambil tindakan ke atas 491 kenderaan perdagangan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook JPJ Terengganu
Sebanyak 491 kenderaan perdagangan dikenakan tindakan dalam Ops Bersepadu Rentas Sempadan Zon Timur Siri 1/2023 di Kuala Terengganu yang berakhir pada Rabu.


Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata antara kesalahan dikesan termasuk membawa lebih muatan yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sebanyak 1,424 kenderaan telah diperiksa dalam Ops ini yang dijalankan dalam dua fasa iaitu Pra Ops Bersepadu bermula 1 hingga 25 Feb lalu dan Ops Bersepadu pada 27 (Feb) hingga Rabu.

 

"Operasi melibatkan 75 pegawai dan anggota penguatkuasa dari JPJ Terengganu, Kelantan, Pahang serta Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Negeri Terengganu.

 

Turut hadir Pengarah JPJ Negeri Terengganu, Zulkarnain Yasin dan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkusaan Trafik Terengganu Supt Ismail Man.

 

Dalam pada itu, Aedy Fadly berkata JPJ telah mengeluarkan sebanyak 560,863 notis kepada kenderaan perdagangan di seluruh negara atas kesalahan membawa lebih muatan bagi tempoh Januari 2010 hingga November 2022.

 

Katanya Pahang merekodkan jumlah notis tertinggi iaitu 72,369 diiikuti Kelantan (37,585 notis) dan Terengganu (19,529 notis).

 

"Saya nak ingatkan pengusaha pengangkutan dan pemandu kenderaan terutama kenderaan perdagangan supaya sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.

 

"Kami di JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan. Kegagalan mematuhi peraturan akan diambil tindakan termasuk penyitaan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010," katanya.

 

.-- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan…
Berita Domestik
  "Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri membuat operasi khas ke…
Berita Domestik
  Katanya, pelaksanaan peraturan itu adalah sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia…