JPJ - Bekalan disk LKM dijamin mencukupi di seluruh negara

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Bekalan disk Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah mencukupi bagi menampung urus niaga pelanggan di seluruh negara, demikian menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


JPJ dalam satu kenyataan telah memaklumkan bekalan adalah mencukupi untuk cawangan di JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“JPJ dengan kerjasama pembekal dokumen disk LKM telah menghantar bekalan sebanyak 1,145,000 keping disk LKM kepada cawangan JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan Puspakom pada Januari 2021 dan tambahan 420,000 keping lagi baru-baru ini agar tidak timbul masalah putus bekalan,” menurut kenyataan itu.

 

Pada 1 Feb lepas, sebuah portal menerbitkan berita versi bahasa Mandarin bertajuk “Kekurangan pelekat cukai jalan berlaku di seluruh negara, peniaga kereta kehilangan peluang perniagaan Tahun Baharu”.

 

Sehubungan itu, JPJ memberi jaminan bahawa isu kekurangan bekalan disk LKM tidak akan berlaku supaya pengguna tidak lagi menghadapi kesulitan menjalankan urus niaga berkaitan LKM.

 

JPJ turut menasihati pelanggan agar mengutamakan urus niaga secara dalam talian serta tidak terburu-buru mendapatkan dokumen fizikal di kaunter bagi mengelakkan kebanjiran orang ramai di cawangan JPJ dan rakan niaga ketika pandemik COVID-19. 

 

Ini adalah selaras dengan pengecualian memperbaharui Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor persendirian dari 1 Feb hingga 31 Mac 2021, katanya.

 

 

 

— BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…