JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI dengan harga minimum serendah RM100, dan akan berakhir pada jam 10 malam, Rabu ini.

Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan pada Ahad berkata, keputusan bidaan NPI tersebut akan diumumkan pada Khamis dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

harga bidaan minimum bagi siri nombor plat berkenaan ditetapkan mengikut kategori iaitu RM20,000 untuk 'Nombor Utama', RM5,000 (Nombor Premium), RM2,500 (Nombor Menarik), RM500 (Nombor Popular) dan RM100 (Nombor Semasa).

Hasil penjualan akan digunakan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti Program MyLesen, Program Pertukaran Topi Keledar, FlySiswa, pembayaran PERKESO kepada pemandu teksi dan pelbagai inisiatif yang lain.

Artikel sepenuhnya di Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Tanda Indeks NPI siri 'GM' ini dipilih dengan membawa maksud 'Gemilang Malaysia' bagi…
Berita Domestik
Menurutnya, ketika kejadian, keretanya sedang menuruni lebuh raya dan mengalami ‘tire lock’ (brek…
Uncategorized
"Berdasarkan kepada rekod bidaan, NPI Siri A A yang dibida dengan harga paling tinggi ialah A9A…