JPJ buru pesalah di dalam kawasan Hospital Kuala Lumpur

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi penguatkuasaan di hospital itu selepas orang awam dan kakitangan didapati enggan mengikut peraturan trafik ditetapkan.

Berikutan itu JPJ Kuala Lumpur mengadakan operasi di HKL hari ini dan mendapati antara kesalahan dilakukan tidak memakai topi keledar serta tiada lesen memandu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, operasi jam 10 pagi itu membabitkan seorang pegawai dan lapan anggota JPJ Kuala Lumpur, tiga petugas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), tiga anggota polis serta 10 petugas Polis Bantuan.

“Dalam operasi ini, kami mengeluarkan 62 saman membabitkan 26 kesalahan cukai jalan, 21 kes tidak memakai topi keledar dan 15 kes membabitkan lesen memandu.

“Kami menerima permintaan HKL supaya mengadakan operasi penguatkuasaan di dalam kawasan HKL selepas orang awam dan kakitangan hospital enggan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

gambar daripada Harian Metro

Beliau berkata, orang ramai atau kakitangan hospital sepatutnya tidak mengabaikan peraturan lalu lintas dengan menganggapnya remeh.

“Pihak hospital mempunyai petugas keselamatan iaitu Polis Bantuan namun mereka tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan lalu lintas seperti JPJ, jadi kami memenuhi permintaan HKL.

“Saya menasihatkan orang awam atau staf hospital sendiri mematuhi peraturan lalu lintas supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini. Jangan ambil remeh hal sebegini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di HKL juga mendapati orang awam dan kakitangan hospital terutama penunggang motosikal dilihat tidak memakai topi keledar selain melawan arus di laluan sehala.

Terdapat juga pemandu kereta meletakkan kenderaan di bahu jalan dan menggunakan laluan kecemasan yang dikhaskan kepada kenderaan membawa pesakit dan ambulans - HARIAN METRO.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…
Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…