JPJ diminta terus buka kaunter untuk atasi kehabisan pelekat cukai jalan

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta meneruskan operasi kaunter sama ada di pejabat pusat negeri mahupun di Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi memastikan isu kehabisan stok pelekat cukai jalan tidak berlaku sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ia kerana isu kehabisan stok pelekat cukai jalan menjejaskan wakil Takaful Am memperbaharui dokumen itu bagi pihak pelanggan mereka.

Pengerusi Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (PERWATAM), Hishamuddin Aziz, berkata jabatan itu juga disaran memberikan bekalan cukup jalan secukupnya kepada pejabat pos serta pihak MYEG meneruskan khidmat di semua wakil kios seluruh Malaysia.

 

Kekurangan stok cukai jalan itu menyebabkan ada dalam kalangan hampir 2,000 ahli persatuan itu terpaksa menggunakan cara lain bagi memastikan pembaharuan dokumen itu dapat dilakukan.

 

"Saya terpanggil untuk berkongsi kepayahan dan kesukaran yang dialami oleh wakil-wakil Takaful Am untuk memperbaharui cukai jalan sepanjang PKP dilaksanakan mulai 14 Januari lalu.

 

"Seorang wakil dari Kajang mempunyai lima cawangan dan lima kios MYEG, sedangkan MYEG pula menghantar notis servis mencetak cukai jalan (kios MYEG) akan diberhentikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

 

"Beliau pergi ke pejabat pos di kawasan sekitarnya tetapi kehabisan stok menyebabkannya terpaksa pergi ke Bentong, Pahang untuk mendapatkan cukai jalan di Pejabat Pos Bentong setelah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

 

"Seorang wakil dari Johor Bahru yang mempunyai dua cawangan termasuk satu yang menyediakan kios MYEG yang tidak dapat digunakan sepanjang PKP manakala pejabat pos di sekitar di Johor Bahru pula kehabisan stok," katanya dalam satu kenyataan.

 

Hishamuddin berkata, ahli berkenaan kemudian mengambil inisiatif untuk membuat cukai jalan di Pejabat Pos Lubok Cina, Melaka.

 

Beliau turut berkata, ada ahli persatuan itu yang beroperasi di Johor Bahru tetapi terpaksa meminta bantuan pihak lain mencetak cukai jalan di Pejabat Pos Mersing, Johor.

 

Oleh itu, Hishamuddin berkata, pihaknya turut mencadangkan supaya setiap wakil Takaful Am didaftarkan di Pejabat JPJ Negeri untuk memudahkan urusan mencetak cukai jalan dengan cara mengikut temu janji di mana-mana kaunter Pejabat JPJ; pihak MYEG disaran terus melantik dan menambah wakil-wakil Takaful Am untuk memiliki kios dengan menetapkan syarat-syarat yang paling minimum serta JPJ boleh terus membekalkan pelekat cukai jalan kepada PERWATAM untuk diagihkan kepada ahli-ahlinya.

 

"Sejak pelaksanaan PKP pada Mac 2020 lalu, rata-rata pendapatan wakil-wakil Takaful Am merosot antara 10 hingga 20 peratus sebulan.

 

"Isu ketiadaan pelekat cukai jalan di JPJ, MYEG dan Pejabat Pos memberi kesan lebih buruk kepada wakil Takaful Am ini.

 

"Saya berharap dengan adanya perkongsian isu daripada wakil-wakil Takaful Am ini akan mendapat perhatian dari pihak berwajib seperti pihak JPJ dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong agar isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
"Kami faham isu lesen kenderaan dan LKM digital tetapi sampai geran kenderaan pun tak dapat dicetak…
Berita Domestik
"Stiker (cukai jalan fizikal) masih dikeluarkan, cuma ada beberapa cawangan kehabisan stok jadi…
Berita Domestik
Dalam satu hantaran di laman Facebook, Anthony menjelaskan perkara itu akan diatasi dan ia bakal…